Perkhidmatan Kesihatan Mental untuk Kanak-kanak dan Remaja

2022-05-24 17:21:50  CRI
Share with:

Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental untuk Kanak-kanak dan Remaja yang seluas lebih 1,500 meter persegi beroperasi secara rasmi di bandar Jiaxing, provinsi Zhejiang bermula penghujung bulan Januari lalu. Dengan adanya 12 buah zon yang fungsinya berbeza, Pusat perkhidmatan tersebut sesuai untuk menganjurkan penyelidikan psikologi, kursus psikologi, penyelidikan dan latihan psikologi guru, pemantauan psikologi guru dan pelajar, kaunseling psikologi dan bimbingan pendidikan keluarga dan aktiviti perkhidmatan lain.