Jangan Cabar Prinsip Satu China

2022-05-24 12:11:11  CRI
Share with:

Jawatankuasa Umum Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 dan Sesi Plenonya masing-masing membuat keputusan, menolak untuk memasukan usul "menjemputan Taiwan menghadiri WHA sebagai pemerhati" dalam agenda perhimpunan kali ini. Ini membuktikan bahawa prinsip satu China yang telah menjadi konsensus umum masyarakat antarabangsa tidak boleh dicabar.

Jurucakap Kementerian Luar China mengeluarkan menyataan mengenai isu melibatkan Taiwan dalam WHA tersebut.

Sebelum WHA dirasmikan, hampir 90 buah negara mengutus surat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menegaskan pendirian masing-masing dalam mempertahankan prinsip satu China dan menentang Taiwan menyertai WHA.

Jurucakap itu berkata bahawa kerajaan pusat China amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk Taiwan dan telah membuat pengaturan baik tentang penglibatan Taiwan dalam urusan kesihatan dunia berdasarkan prinsip satu China.

Beliau berkata, sejak wabak COVID-19 tercetus, kerajaan pusat sebanyak kira-kira 400 kali memaklumkan situasi wabak kepada Taiwan, dan membenarkan 47 orang pakar kesihatan dari Taiwan menyertai aktiviti teknikal WHO sebanyak 44 kali pada tahun lalu. Di samping itu, terdapat perwakilan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) di Taiwan dan mampu memperoleh dan mengedarkan maklumat peristiwa kesihatan tergempar. Oleh itu, apa yang disebut sebagai "jurang sistem pencegahan wabak antarabangsa" adalah tidak munasabah.

Jurucakap itu mengingatkan pihak berkuata Taiwan dari Parti Progresif Demokratik (DPP) bahawa mencari "kemerdekaan" menggunakan pandemik pasti akan gagal. Di samping itu, China juga menggesa beberapa negara berhenti mempolitikkan isu kesihatan dan menghentikan campur tangan dalam urusan dalaman China menggunakan isu Taiwan.