Berbakti kepada Rakyat -- Kisah Xi Jinping dengan Ayahnya

2022-05-24 12:24:09  CRI
Share with:

"Ayah umpama seekor lembu kental yang mengabdikan diri kepada rakyat tanpa mengenal erti penat dan lelah. Karisma beliau menjadi sumber inspirasi untuk saya membaktikan seluruh jiwa ragaku demi kesejahteraan rakyat,” inilah petikan dari surat ucap selamat Presiden China, Xi Jinping sempena hari jadi bapanya, Xi Zhongxun.

Xi Jinping pernah menyatakan bahawa beliau ingin mewarisi sifat-sifat mulia daripada ayah, dan salah satunya adalah perasaan setia dan cinta nan tinggi kepada tanah air.  

Ketika berumur kurang daripada 20 tahun, Xi Zhongxun telah pun berkecimpung dalam pembinaan pangkalan revolusi di kawasan sempadan Shaanxi-Gansu di barat laut China.

Pada waktu itu, penduduk tempatan melihat Xi Zhongxun sebagai rakan karib mereka dan sering melawat tempat kerjanya.

Selepas Xi Jinping menceburi bidang politik, Xi Zhongxun pernah menitipkan pesanan bahawa tidak kira betapa tinggi jawatannya, janganlah lupa berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati, benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat, dan menjalin hubungan rapat dengan rakyat.

Pada 1988, Xi Jinping mula menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di Ningde, provinsi Fujian.

 

Semasa meninjau mukim Xiadang, tempat paling terpencil di Ningde, beliau bertolak pada pukul 7.30 pagi dan hanya sampai di situ pada pukul 12 tengah hari setelah meredah gunung dan sungai yang berliku-liku.

“Rakyat adalah nusa, nusa adalah rakyat”. 

Sepanjang hidupnya, Xi Zhongxun pernah mengalami pelbagai tempoh kritikal dalam sejarah China melibatkan revolusi, pembangunan dan pembaharuan.

Sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Republik Rakyat China, Xi Zhongxun menyaksikan majlis sambutan di Gerbang Tian’anmen.

“Kita tidak boleh lupa bahawa rakyat adalah nusa, nusa adalah rakyat,” ujarnya dengan penuh emosi.

Kata-kata tersebut juga kerap meniti bibir Xi Jinping.

“Demi rakyat, seluruh jiwa raga kubaktikan”, luahan yang menyentuh perasaan ini menjadi komitmen bersama Xi Jinping dan ayah beliau.