Penduduk Baharu Boleh Bekerja dalam Kilang Komuniti

2022-05-24 17:14:51  CRI
Share with:

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, ramai penduduk baharu telah mendapat peluang pekerjaan dalam kilang komuniti yang melibatkan pengeluaran mainan kain dan wayar elektronik di bandar Ankang , provinsi Shaanxi yang terletak di kawasan pergunungan Qinling-Gunung Daba. Setakat ini, jumlah kilang komuniti yang berada dalam operasi harian mencatat 1,023 buah dan jumlah pekerja mencecah 31,667 orang, dengan 8,278 orang daripadanya baru keluar dari belenggu kemiskinan.