Menteri Luar China akan Lawat Lapan Negara

2022-05-24 20:18:47  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi akan mengadakan lawatan rasmi ke lapan negara termasuk Kepulauan Solomon, Kiribati, Samoa, Fiji, Tonga, Vanuatu, Papua New Guinea dan Timor Leste pada 26 Mei hingga 4 Jun.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing pada Selasa.

Dalam rangka lawatan itu, Wang Yi juga akan mengadakan "lawatan secara dalam talian" ke Micronesia, mengadakan pertemuan video dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kepulauan Cook dan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Niue. Selain itu, Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar China dan Negara-negara Kepulauan Pasifik Kedua di Fiji.

Jurucakap itu menyatakan bahawa China mementingkan hubungan persahabatan dengan negara-negara kepulauan Pasifik dan Timor-Leste. China dan negara-negara berkaitan terletak di rantau Asia-Pasifik dan merupakan negara membangun. Pengembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara China dengan negara-negara terlibat adalah selaras dengan kepentingan asas kedua-dua pihak untuk jangka masa panjang, dan juga kondusif bagi menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Asia-Pasifik.