Teknologi 5G Ubah Kehidupan Harian Rakyat

2022-05-25 14:57:18  CRI
Share with:

China menjadi negara pertama di dunia yang mewujudkan rangkaian 5G skala besar bersandarkan mod perangkaian bebas dengan jumlah stesen pemancar hampir mencecah 1.6 juta buah.

Menurut Kementerian Industridan Teknologi Maklumat (MIIT), jumlah projek "5G+Internet Perindustrian" yang sedang dibina mencecah 2,400 pada suku pertama tahun ini.

Pengaplikasian teknologi 5G sekali gus memberi momentum kepada transformasi dan penaiktarafan pelbagai sektor, selain turut mengubah kehidupan harian rakyat. 

Data terkini menunjukkan,sebanyak 134,000 stesen pemancar 5G baharu telah siap dibina pada suku pertama, dengan liputan penuh di semua bandar dan pekan seluruh negara.

Pada masa sama, pengguna telefon bimbit 5G di China bertambah sebanyak 48.11 juta, menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 403 juta.

Sejak stesen pemancar 5G dibina di kawasan luar bandar, telefon bimbit dapat menerima sambungan signal penuh di setiap pelosok.

Penduduk kampung turut memanfaatkan rangkaian 5G untuk mempromosikan produk istimewa tempatan menerusi penstriman langsung, yang menarik sebilangan besar pelanggan dari dalam dan luar negeri.

Sementara itu, teknologi 5G juga diaplikasikan secara meluas dalam sektor pendidikan jarak jauh serta pelbagai sektor berkaitan tadbir urus bandar dan perkhidmatan awam.