China Naik 22 Tangga dalam Ranking GII

2022-05-25 16:13:37  CRI
Share with:

2012-2022, tempoh sedekad yang luar biasa bagi China. Berkat pelaksanaan siri dasar dan inisiatif penting, China berjaya melakar kemajuan signifikan dalam pembangunan negara, sekali gus menyaksikan taraf hidup rakyat terus meningkat.

Sepanjang sedekad lalu, China meletakkan inovasi sebagai enjin utama bagi memacu pembangunan negara.

Nisbah peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah menokok daripada 1.91 peratus kepada 2.44 peratus.

Hasil usaha tersebut, China kini berada di kedudukan ke-12 dalam ranking Indeks Inovasi Global (GII), meningkat 22 tangga daripada kedudukan ke-34 pada 2012.

China turut melakar kemajuan membanggakan dalam penjelajahan angkasa jauh, menyusuli kejayaan misi penyelidikan Marikh iaitu Tianwen, pendaratan prob penyelidikan Chang'e di bulan, dan pencantuman automatik kapal angkasa Shenzhou-13 dengan modul teras Tianhe.

Selain itu, teknologi super komputeran, kereta api berkelajuan tinggi (HSR), grid pintar dan kuasa nuklear generasi keempat juga antara yang paling unggul di dunia.