Xi Jinping Ditemui Michelle Bachelet

2022-05-25 15:26:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ditemui Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet secara maya di Beijing hari ini.

Xi Jinping terlebih dahulu menyatakan alu-aluan atas lawatan Bachelet ke China. Beliau telah memberikan penjelasan terperinci tentang isu-isu utama tentang pembangunan hak asasi manusia di China, dan menegaskan pendirian China dalam menjaga dan melindungi hak asasi manusia secara menyeluruh.

Beliau menyatakan, China telah menempuh satu jalan pembangunan hak asasi manusia yang sejajar dengan arus semasa dan sesuai dengan keadaan negara sendiri. Hak asasi rakyat China  terpelihara dengan amat baik.

Xi Jinping menegaskan bahawa China bersedia untuk menjalankan dialog dan kerjasama hak asasi manusia dengan pihak-pihak lain berdasarkan kesamarataan dan saling menghormati demi memberi manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Beliau turut mengemukakan cadangan empat perkara iaitu mempertahankan prinsip berpaksikan rakyat, menghormati jalan pembangunan hak asasi manusia pelbagai negara, mempertimbangkan hak asasi manusia dari segenap aspek, dan mengukuhkan tadbir urus hak asasi manusia global.

Bachelet mengucapkan terima kasih kepada China kerana mengatasi kesukaran pandemik untuk menerima lawatannya ke China. Ini adalah lawatan pertama Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB ke China dalam tempoh 17 tahun lalu.