Inisiatif di Rantau Asia-Pasifik Perlu Demi Kedamaian dan Pembangunan Serantau

2022-05-25 12:03:43  CRI
Share with:

Kejayaan ekonomi di rantau Asia-Pasifik dicapai berasaskan kerjasama terbuka dan saling menang. Inisiatif berkaitan patut menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan di rantau ini.

Demikian kata jurucakap Kementerian Perdagangan China ketika mengulas mengenai Rangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) sempena lawatan Presiden Joe Biden ke Jepun baru-baru ini.

Jurucakap itu dalam sidang taklimat pada Selasa berkata, pihak-pihak terlibat perlu mengamalkan prinsip terbuka dan inklusif dan mendorong kerjasama ekonomi dan perpaduan, di samping mengelakkan tindakan diskriminasi dan memulaukan pihak lain, menjejaskan malah memudaratkan mekanisme yang sedia ada.

Beliau menegaskan bahawa China mengalu-alukan segala inisiatif kerjasama ekonomi serantau yang mematuhi standard tersebut.

Menurutnya, China bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan pihak-pihak berkaitan, mendorong integrasi ekonomi dan pemulihan ekonomi serantau serta memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan di rantau ini.