Iran: Sokongan AS Tingkatkan Pencerobohan Israel di Syria

2022-05-25 13:21:52  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh menyatakan, Israel sekali lagi melancarkan serangan udara kepada Syria baru-baru ini, mengakibatkan kecederaan dan kematian. Iran mengutuk keras tindakan bermusuhan Israel pada kekerapan tinggi terhadap Syria. 

Katanya, sokongan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel menyebebkan negara itu menduduki Genting Golan secara haram dan sering menceroboh Syria.

Difahamkan, Israel melancarkan serangan peluru berpandu terhadap sasaran di selatan Damsyik dari Genting Golan pada malam 20 Mei. Walaupun sesetangah peluru berjaya ditangkis oleh sistem pertahanan Syria, namun masih ada tiga orang terbunuh dalam serangan berkenaan.