China Kekal Pemacu Terbesar Ekonomi Dunia

2022-05-26 14:11:21  cri
Share with:

2012-2022, tempoh sedekad yang luar biasa bagi China. Berkat pelaksanaan siri dasar dan inisiatif penting, China berjaya melakar kemajuan signifikan dalam pembangunan negara, sekali gus menyaksikan taraf hidup rakyat terus meningkat.

Sepanjang sedekad lalu, kekuatan ekonomi China telah merealisasikan lonjakan besar.

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RMB114 trilion (RM75 trilion) pada 2021, sekali gus menempati lebih 18 peratus daripada KDNK global.

Angka tersebut secara tidak langsung turut menampakkan peningkatan ketara berbanding 2012 iaitu hanya pada kadar 11.4 peratus.

Sementara itu, KDNK per kapita China pula mencatat USD12,500 (RM55,000).

China kekal menjadi pemacu terbesar kepada ekonomi dunia dengan menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global.