Perihal Makan Perlu Di Tangan Sendiri

2022-05-26 14:37:19  cri
Share with:

Keperluan bahan makanan harian di China yang berpopulasi 1.4 bilion orang kini mencatat sebanyak 700 ribu tan.

Justeru, usaha menjamin bahan makanan yang mencukupi adalah amat signifikan bagi China dan ia harus dikendalikan secara berdikari.

Meskipun berdepan impak akibat wabak COVID-19 dan cuaca ekstrem pada 2021, namun output bijirin China berjaya mencatat sebanyak 680 juta tan, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.

Kini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di serata China untuk memajukan sektor pertanian dan memantapkan pengeluaran bahan makanan.

Untuk rekod, lebih 90 peratus penyemaian tanaman bijirin musim bunga telah selesai dengan melibatkan ladang pertanian seluas 53.33 juta hektar.

China menyara kehidupan rakyatnya yang berpopulasi satu perlima daripada penduduk sejagat dengan menggunakan hanya kurang sembilan peratus tanah pertanian dan enam peratus sumber air tawar di dunia.

Prestasi itu turut menyumbang kepada keselamatan makanan sejagat, khususnya apabila terkena tempias akibat konflik antara Rusia dan Ukraine pada tahun ini.