Pengangkutan Kargo Berjalan Lancar di China

2022-05-26 14:21:49  CRI
Share with:

Sektor pengangkutan kargo berjalan lancar dan kian pulih di seluruh negara China.

Menurut statistik terkini, jumlah pengangkutan kargo melalui kereta api mencatat 11.22 juta tan pada 25 Mei.

Pada hari yang sama, jumlah lori yang berjalan di lebuh raya seluruh negara mencatat 7.4 juta buah, jumlah kontena yang dikendalikan di pelabuhan-pelabuhan utama mencatat 763,000 TEU, dan jumlah pesawat pengangkut kargo mencatat 867 buah.

Angka-angka tersebut menyaksikan peningkatan berbanding tempoh yang sama pada bulan lalu.