Robot Bantu Kerja Cucuk Tanam

2022-05-26 15:17:56  CRI
Share with:

Di pekan Tinglin, daerah Jinshan, Shanghai, terletaknya sebuah ladang yang sangat istimewa.

Di situ, robot menggantikan petani untuk mengusahakan pelbagai jenis kerja cucuk tanam termasuk menyemai benih, membubuh baja, menggerudi dan merumput.

Wang Jinyue yang dilahirkan pada 1985-an merupakan empunya ladang tersebut.

Sebelum menceburi bidang pertanian, Wang adalah seorang pekerja kolar putih perusahaan internet yang bergaji besar. 

Pada 2015, beliau meletakkan jawatannya di bandar dan pulang ke kampung untuk merintis usaha bertani dengan memanfaatkan teknologi tinggi.

Berkonsepkan teknologi menggantikan tenaga kerja, Wang menjayakan kerja ladang secara automatik menerusi kod atur cara komputer ditulisnya.

Beliau bercita-cita mengaplikasikan robot pertanian yang mampu memenuhi keperluan operasi yang pelbagai, sekali gus menjadikan cucuk tanam suatu kerja yang menyeronokkan pada masa hadapan.