Mengagumkan! Penternak Dataran Tinggi Gembalakan Kambing Rentas Tasik

2022-05-26 14:56:58  CRI
Share with:

Terletak pada paras laut yang tinggi dan mempunyai musim panas yang pendek merupakan dua faktor yang menyebabkan tumbuhan rumput tidak cukup bagi ternakan lembu dan kambing semasa mengalami musim sejuk di kampung Tuiwa, kaunti Langkazi bandar Shannan, Tibet. Maka, penternak tempatan terpaksa memilih menggembalakan kelompok kambing ke pulau Huxin di tasik Pumyongcuo, Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, walaupun menghadapi risiko yang berbahaya semasa pemindahan tersebut. Melalui pergantian padang rumput, mereka bukan sahaja dapat mencari rumput yang berkualiti untuk ternakan, tetapi juga memastikan pertambahan jumlah kambing melalui pembiakan pada masa itu yang dilihat sebagai sinar harapan bagi penggembala pada tahun depan.