China-Kepulauan Solomon Tingkatkan Kerjasama Saling Untung

2022-05-27 11:02:01  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Kepulauan Solomon, Jeremiah Manele di Honiara pada Khamis.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan, Wang Yi telah menjelaskan konsensus yang dicapai kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama saling untang antara China dengan Kepulauan Solomon.

Beliau menyatakan kedua-dua negara bersetuju untuk memperkukuh asas hubungan politik kedua-dua negara, bersama-sama membina inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan melaksanakan inisiatif pembangunan sejagat.

Pada masa sama, China dan Kepulauan Solomon bersedia memperkasakan kerjasama dalam membina persekitaran yang selamat dan stabil, meningkatkan kesalinghubungan, dan menangani perubahan iklim.

Kedua-dua negara juga akan mempergiat pertukaran dan kerjasama setempat, dan bersama-sama memelihara kepentingan negara-negara membangun.