Bekalan dan Permintaan Tenaga di China Stabil

2022-05-27 13:57:02  CRI
Share with:

Jaminan pembekalan tenaga ditingkatkan di China berikutan pelaksanaan langkah-langkah berkaitan. Ia sekali gus memberi jaminan kepada keperluan penggunaan tenaga bagi kehidupan rakyat dan pembangunan sosioekonomi.

Pegawai Jabatan Penyesuaian Operasi Ekonomi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara menyatakan, penggunaan arang batu secara bersih dan berefesion semakin meningkat, bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga berjaya mengurangkan penggunaan arang batu bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, harga penggunaan elektrik dan gas asli berada pada tahap stabil.