Peraturan Kerja Mesyuarat Politik PKC Dibahaskan

2022-05-28 11:54:26  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mempengerusikan sidang kerja Biro Politik Jawatankuasa Pusat untuk membahaskan peraturan Parti mengenai kerja mesyuarat politik pada Jumaat. 

Dalam sidang itu ditegaskan, mesyuarat politik merupakan bahagian teras dalam kerjasama pelbagai parti dan sistem mesyuarat politik di bawah pimpinan PKC, dan juga bentuk penting daripada demokrasi bermesyuarat sosialis di China. Ia bukan sahaja dapat mengumpulkan pandangan bijak, menggalakkan pencapaian konsensus, malah juga dapat mendorong penetapan keputusan demokrasi secara saintifik.  

Penyusunan Peraturan Kerja Mesyuarat Politik PKC amat signifikan bagi mengukuhkan kepimpinan Parti terhadap kerja tersebut, meningkatkan tahap pentadbiran kerja itu secara saintifik, sistematik dan teratur, serta memperkukuh dan mengembangkan perpaduan barisan patriotik di seluruh negara.