China Bantah Jepun Bantu AS Mengekang China

2022-05-28 13:23:35  CRI
Share with:

Kenyataan negatif pemimpin Jepun dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sekali lagi mendedahkan niat jahat Washington untuk mengekang China dan kecenderungan negatif Jepun untuk bersekongkol dengan AS.

Duta China ke Jepun, Kong Yuanyou mengulas demikian ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau berkata, China telah mengemukakan representasi, menyatakan ketidakpuasan keras kepada Jepun dan AS.

Menurut duta itu, China menuntut sekutu Jepun dan AS mengikuti trend perkembangan sejarah, berhenti mencetuskan persaingan kuasa besar dan konfrontasi kem, supaya mengelakkan Perang Dingin daripada berulang lagi di rantau Asia-Pasifik.

Kong menyatakan, sebagai negara Asia dan jiran China, Jepun harus memainkan peranan membina untuk kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Beliau berkata, hubungan China-Jepun berada di persimpangan penting pada masa ini. Hanyalah membetulkan sikapnya terhadap China, membetulkan hala tuju strateginya, dan benar-benar melaksanakan kenyataan untuk membina hubungan membina dan stabil dengan China, barulah Jepun dapat mengelak kerosakan selanjutnya terhadap hubungan kedua-dua negara dan betul-betul memikul tanggungjawab terhadap kestabilan dan kemakmuran serantau.