Perdagangan Luar Shanghai Kekal Mantap

2022-05-30 15:39:06  CRI
Share with:

Perdagangan luar dan pelaburan asing di Shanghai tetap mempunyai asas untuk terus berkembang baik dalam jangka panjang, walaupun terkena impak akibat wabak COVID-19 dan perubahan situasi antarabangsa.

Demikian ujar Pengarah Suruhanjaya Perdagangan Perbandaran Shanghai, Gu Jun dalam taklimat media pada Ahad.

Beliau berkata pihaknya komited terus mengoptimumkan iklim perniagaan, di samping mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan usaha berkaitan perdagangan luar dan pelaburan asing, dan mengukuhkan keyakinan syarikat.