Kaji Selidik: Syarikat Pelaburan Asing Puji Persekitaran Perniagaan China

2022-05-31 12:32:05  CRI
Share with:

 

Persekitaran perniagaan China dipuji baik syarikat pelaburan asing, umum Laporan Penyelidikan Persekitaran Perniagaan Pelaburan Asing China Suku Pertama 2022 terbitan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT).

 

Menurut piawaian terkini Bank Dunia, indeks untuk mengukur kepuasan pelabur asing terhadap persekitaran urus niaga melibatkan 10 aspek termasuk akses pasaran, mendapat premis perniagaan, permohonan dan pemasangan infrastruktur awam, upah pekerja, perkhidmatan kewangan, perdagangan rentas sempadan, pembayaran cukai, penyelesaian pertikaian pernigaan, persaingan pasaran dan prosedur menamatkan pernigaan.

 

Jurucakap CCPIT, Yu Yi menyatakan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk menyediakan perkhidmatan kepada syarikat pelabur asing, melengkapi mekanisme interaksi tetap antara pihaknya dengan persatuan peniaga asing dan syarikat pelabur asing di China.

 

Beliau berkata, dengan tertubuhnya pasukan khas itu, pihaknya boleh mengetahui permintaan syarikat pelabur asing dan mendorong menyelesaikan masalah dihadapi mereka dalam pelaburan, penghasilan serta perniagaan dalam negara.

 

Laporan tersebut mendedahkan 71 peratus syarikat pelabur asing mengekalkan saiz perniagaannya, manakala 16.4 peratus memperluas saiz perniagaan termasuk 72.1 peratus daripadanya meningkatkan lima peratus urus niaganya di China berbanding suku ke-4 2021.

 

Sementara itu, syarikat pelabur asing mengekalkan sikap optimistik terhadap prospek pembangunan di China.

 

Difahamkan, terdapat 13.5 peratus syarikat pelabur asing dijangka meningkatkan pelaburan di China, dan Delta Sungai Yangtze turut dijadikan destinasi pelaburan bagi 42.6 peratus syarikat pelabur asing.