Xi Tekan Usaha Galak Perkembangan Holistik Kanak-kanak

2022-06-01 11:12:32  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menekankan usaha memantapkan perkembangan kanak-kanak yang sihat dan menyeluruh, di samping menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kanak-kanak kepada si kecil di seluruh negara.

Xi yang juga merangkap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China membuat kenyataan itu menerusi surat tahniah kepada Pusat Kanak-kanak Kebangsaan China sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya.

Beliau memuji sumbangan dibuat pusat itu selama empat dekad untuk berkhidmat kepada kanak-kanak serta memupuk dan membangunkan bakat demi Parti dan negara.

Xi meluahkan harapannya agar pusat berkenaan terus menjadi pemandu dan penjaga kanak-kanak dengan sepenuh hati dan menggalakkan perkembangan holistik mereka.

Ditubuhkan pada 1982, pusat tersebut merupakan kemudahan penyelidikan dan pendidikan selepas sekolah untuk pembangunan kanak-kanak.