Santapan Minda: Abdikan Diri kepada Rakyat

2022-06-01 23:04:48  CRI
Share with:

Demi Rakyat, Seluruh Jiwa Raga Kubaktikan

 

Huraian:

Pesta Perahu Naga yang juga dikenali sebagai Hari Ketupat atau Duan Wu Jie merupakan antara perayaan tradisional utama China yang disambut pada hari kelima bulan kelima menurut kalendar imlek.

Terdapat beberapa legenda tentang asal usul perayaan itu, dan antara yang diketahui ramai ialah kisah tentang Qu Yuan (340 SM - 278 SM), seorang penyair terkenal dengan semangat patriotisme.

Qu Yuan juga menteri kanan negeri Chu yang taat setia dan bijaksana dalam mengatur strategi dan taktik mempertahankan watan. Walaupun tindakannya menyebabkan beliau dibuang negeri, penulisannya menunjukkan cinta yang mendalam kepada tanah air.

Sepanjang tempoh dibuang negeri, Qu Yuan menulis banyak puisi untuk menceritakan betapa bimbangnya beliau terhadap negeri dan rakyatnya.

Pada hari kelima bulan kelima menurut kalendar lunar, dengan rasa kecewa dan putus asa, Qu Yuan membunuh diri dengan memeluk batu besar lalu terjun ke Sungai Miluo.

Rakyat Chu amat sedih kemudian menggunakan sampan untuk mencari jasad Qu Yuan. Hari demi hari, jasadnya masih belum ditemui. Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai dengan harapan ikan dan udang yang kekenyangan memakan ketupat tidak akan mengganggu mayat Qu Yuan.

Kini, amalan membuat ketupat pulut dan mengadakan pertandingan perahu naga merupakan aktiviti-aktiviti yang wajib melakukan untuk memperingati Qu Yuan.

Semangat patriotisme dan keprihatinan Qu Yuan terhadap rakyat serta keazamannya untuk berpegang kepada kebenaran dapat diteliti menerusi puisi ciptaannya, malah juga menjadi pedoman pemimpin China untuk mentadbir urus negara.