AS Digesa Segera Henti Hubungan Rasmi dengan Taiwan

2022-06-01 13:01:24  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa supaya segera menghentikan sebarang bentuk hubungan rasmi dengan Taiwan.

Gesaan itu diulangi menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sesi taklimat pada Selasa, sebagai respons terhadap pertemuan ahli Kongres AS dengan pemimpin Taiwan, Tsai Ing-wen mutakhir ini.

Sambil mengemukakan bantahan keras berhubung lawatan politikus berkenaan ke Taiwan, Zhao menggesa pihak AS mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama, serta tidak memberi sebarang isyarat yang salah kepada kumpulan pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.

Jurucakap itu turut menegaskan, China akan terus mengambil langkah tegas untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.