Jambatan Setingkat HSR, Jalan Raya Pertama di Dunia Berjaya Disambung

2022-06-02 11:09:25  CRI
Share with:

Jambatan untuk kegunaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan jalan raya merentasi Sungai Yangtze di bandar Yibin, provinsi Sichuan berjaya disambung pada Selasa lalu.

Jambatan itu panjangnya 1,742 meter, lebarnya 64 meter dan rentang jambatan sepanjang 522 meter.

Di tengah-tengah jambatan itu adalah empat landasan HSR selaju 300 kilometer sejam. Di kedua-dua belah landasan HSR itu ialah jalan raya enam lorong dua hala. Dan bahagian paling luar ialah laluan pejalan kaki dan laluan kenderaan tidak bermotor.

Selepas siap dibina, jambatan itu akan mencipta tiga “pertama” di dunia, iaitu jambatan setingkat lebuh raya dan HSR yang pertama, jambatan kabel galang kotak keluli kegunaan HSR dan jalan raya yang paling lebar dan paling panjang di dunia.