Modal Asing di China Meningkat 62.9 Peratus dalam Tempoh Sedekad

2022-06-02 13:03:29  CRI
Share with:

Pada 8 Mei lalu, Kumpulan L'Oréal mengumumkan akan menubuhkan syarikat pelaburan pertamanya di China, iaitu Shanghai Meicifang Investment Co., Ltd. untuk melabur dalam bidang teknologi kecantikan inovatif di China.

Kumpulan L'Oréal memutuskan untuk meningkatkan pelaburan meskipun Shanghai ketika itu masih bergelut dengan penularan pandemik COVID-19, dan ia sekali gus memperlihatkan daya tarikan pasaran China yang kuat.

Untuk rekod, syarikat pelaburan asing telah menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi di Shanghai, dengan menyumbang melebihi 25 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) bandar itu.

Dalam perkembangan lain, penggunaan modal asing oleh provinsi Hainan China berpandukan kontrak yang terlaksana pula merekod USD3.52 bilion (RM15.46 bilion) pada 2021, iaitu meningkat 16.2 peratus berbanding 2020, secara tidak langsung menjadikan Hainan sebagai provinsi yang modal asingnya meningkat paling pesat di China.

China kekal statusnya sebagai pilihan pelaburan paling popular di dunia dari tahun 2012 hingga 2022.

Jumlah modal asing yang diperoleh China menokok RMB1.15 trilion (RM753 bilion) pada 2021, meningkat 62.9 peratus berbanding tahun 2012.

Angka ini menduduki tempat kedua di dunia untuk empat tahun berturut-turut sejak 2017.