Main ‘Kad Taiwan’ Undang Mudarat

2022-06-03 14:11:21  cri
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menghentikan sebarang bentuk perhubungan rasmi dengan Taiwan.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media pada Khamis.

Ketika menyentuh tentang ‘inisiatif perdagangan abad ke-21’ yang diumumkan Timbalan Wakil Perdagangan AS, Sarah Bianchi dalam pertemuan secara maya dengan wakil Taiwan mutakhir ini, Zhao berkata, kedegilan AS memainkan ‘kad Taiwan’ hanya akan membawa hubungan China-AS terjerumus dalam keadaan berbahaya.

Jurucakap itu mendesak AS mentaati prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama, berhenti menandatangani perjanjian yang mengandungi maksud kedaulatan dan bersifat rasmi dengan Taiwan, dan tidak memberi isyarat salah kepada kuasa ‘kemerdekaan Taiwan’.