Ulanqab Perkasakan Industri Penanaman Ubi Kentang

2022-06-03 10:02:26  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bandar  Ulanqab, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China mengambil pelbagai langkah untuk memperkasakan industri penanaman ubi kentang. Antaranya termasuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknik penanaman dan penyeliaan terhadap proses pengeluaran, membina pangkalan penanaman dan lain-lain, sehingga berjaya melonjakkan pendapatan petani tempatan.