China, AS Perlu Gerak Sehaluan Rancak Kerjasama

2022-06-03 14:01:03  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) harus bergerak sehaluan ke arah menyediakan persekitaran kondusif untuk membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan antara dua negara kembali rancak.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Perdagangan, Gao Feng sebagai respons terhadap kenyataan pegawai AS mengenai sekatan eksport yang dikenakan ke atas syarikat China.

Gao membalas dengan mengatakan China akan mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat berkenaan.

"Kami konsisten dengan pendirian menentang generalisasi konsep keselamatan negara dan menolak keras segala sekatan sepihak secara sewenang-wenangnya serta bidang kuasa lengan panjang,” tegas beliau.

Gao turut memberi amaran kepada AS supaya berhenti daripada perbuatan salah berkenaan, sebalik melakukan perkara yang berguna kepada rejuvenasi ekonomi global.

"Penerokaan kerjasama bagi mewujudkan situasi menang-menang merupakan trend utama yang tidak dapat dihalang, malah juga aspirasi masyarakat antarabangsa,” tambah Gao.