Saling Hormat dan Saling Untung, Prinsip Pergaulan China-AS

2022-06-04 14:36:55  CRI
Share with:

Pergaulan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) terletak pada prinsip saling hormat, hidup bersama secara aman dan kerjasama menang-menang, kata Duta China Qin Gang.

Dalam ucapannya di Persatuan Asia di Houston, Texas pada Khamis, Qin menyatakan hubungan China-AS antara ikatan dua hala terpenting di dunia, sedang berdepan cabaran kompleks dan serius yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Katanya, ucapan berhubung dasar terhadap China oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken minggu lalu mendedahkan salah faham dan salah anggap yang serius AS terhadap era ini serta China. Ia juga menonjolkan perselisihan pendapat antara kedua-dua negara dalam beberapa isu utama. 

Sehubungan itu, Qin turut melontarkan soalan bahawa selaku dua kuasa besar, bagaimanakah China dan AS membina negara sendiri serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran dunia, dan apakah adab pergaulan yang cocok bagi kedua-dua negara?

Beliau beranggapan, integrasi kepentingan dan kesalinguntungan adalah arus perdana bagi hubungan China-AS, sementara kolaborasi merupakan satu-satunya pilihan yang betul bagi kedua-dua pihak. 

Perbezaan sesama negara tidak wajar dijadikan dalih untuk melemparkan stigma mahupun mencetuskan konfrontasi, katanya.