China Lancar Shenzhou-14 Esok

2022-06-04 13:25:41  CRI
Share with:

Kapal angkasa Shenzhou-14 yang membawa tiga angkasawan akan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, pada 10.44 pagi esok.

Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) hari ini mengumumkan, terdapat tiga anak kapal menjalankan misi penerbangan Shenzhou-14 itu, iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe.

Menurut CMSA, sepanjang misi berkenaan bakal menyaksikan siapnya stesen angkasa lepas China membabitkan modul teras Tianhe, modul eksperimen Wentian dan Mengtian, serta makmal angkasa negara.

Selain itu, krew berkenaan juga akan melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) sebanyak dua hingga tiga kali, dan meneruskan sesi Kuliah Tiangong.