Xi: Gandakan Usaha Bina China Nan Indah

2022-06-05 20:21:26  cri
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada aktiviti kebangsaan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang berlangsung di Shenyang, provinsi Liaoning hari ini.

Xi dalam surat tahniah itu menyifatkan persekitaran ekologi sebagai asas kepada kehidupan dan pembangunan manusia, dan kelestariannya merupakan aspirasi bersama rakyat seluruh dunia.

Beliau menekankan perlunya usaha dilipatgandakan untuk membina China nan indah bersandarkan simbiosis antara manusia dan alam, agar memberi sumbangan lebih besar kepada usaha sama ke arah dunia yang bersih dan indah.