China, Greece Sambut Jubli Emas Hubungan Diplomatik

2022-06-05 14:06:27  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Greece, Katerina Sakellaropoulou hari ini saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara. 

Xi menyatakan sepanjang 50 tahun lalu, China dan Greece sentiasa saling menyokong dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras dan keprihatinan utama.

Katanya, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta penyemarakan semangat Olimpik bukan sahaja membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara, malah juga  menunjukkan teladan saling belajar antara tamadun berbeza untuk masyarakat antarabangsa.

Beliau turut menyuarakan kesediaannya untuk bersama Sakellaropoulou memperkayakan perkongsian strategik komprehensif China-Greece melalui pengukuhan persahabatan tradisional, kerjasama pragmatik dan pertukaran budaya, sehingga mendatangkan manfaat melimpah kepada rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Sakellaropoulou menyatakan keyakinan bahawa Greece dan China akan berganding bahu mendorong dialog antara tamadun sekali gus menyumbang kepada keamanan dunia.