Shanghai Komited Perkukuh Hasil Bendung COVID-19

2022-06-05 16:21:30  CRI
Share with:


Shanghai giat memulihkan aktiviti pengeluaran dan kehidupan rakyat, sementara mengekalkan pelbagai langkah biasa bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Untuk rekod, seramai 180 orang pesakit COVID-19 di bandar itu discaj dari hospital pada Sabtu, dan 1,204 pesakit tanpa simptom selesai menjalani pemantauan perubatan.  

Dalam perkembangan lain, sektor penghantaran ekspres di bandar raya itu juga pulih secara beransur-ansur.

Jumlah bungkusan yang dikendalikan mencecah lebih 10 juta pada Khamis lalu, iaitu melepasi paras purata harian sebelum penularan wabak.