Siri Buku “Terokai China” Dipemarkan Pameran Antarabangsa Bucharest

2022-06-06 14:24:04  CRI
Share with:

Sesi promosi siri buku “Terokai China” terbitan syarikat Clint Romania yang melibatkan lebih 30 naskah buku terjemahan tentang China telah diadakan dalam Pameran Buku Antarabangsa Bucharest ke-15 kelmarin.


Syarikat Clint sejak 2017 mula menerbitkan siri buku “Terokai China” yang termasuk “Pendidikan China”, “Kelajuan China” dan “Kempen Basmikan Kemiskinan di China”, dengan tujuannya memperkenalkan pencapaian pembangunan, sistem politik, kebudayaan dan sejarah tentang China.

Presiden Akademi Konfucius Bucharest, Luminita Balan dalam sesi promosi tersebut menyatakan buku-buku ini seumpama “jendela” yang berfungsi membantu pembaca Romania mendekati dan mengetahui China.


Juruacara terkenal dari Stesen TV Romania, Marina Almasan pula berkongsi pengalamannya semasa lawatan ke China bersama dengan anak lelakinya pada beberapa tahun yang lalu, dan menggalakkan orang muda negaranya mencari peluang menjelajahi China supaya mengambil tahu pembangunan pesat di negara ini.