China Berusaha Cegah Penduduk Tergelincir Kembali ke Kemiskinan

2022-06-06 12:52:53  CRI
Share with:

Pelbagai langkah perlu diambil untuk menambah peluang pekerjaan kepada penduduk yang sudah berlepas dari belenggu kemiksinan.

Demikian ujar Pengarah Biro Pembangunan Desa Kebangsaan China, Liu Huanxin dalam sidang kerja berkenaan baru-baru ini.

“Langkah tersebut bagi menjamin matlamat 30 juta ke atas penduduk terbabit mendapat peluang pekerjaan pada tahun ini tercapai bagi mengelakkan mereka tergelincir kembali ke kemiskinan,” kata Liu.

Menurut maklumat sidang itu, pelbagai pihak perlu mengutamakan usaha bantuan kepada kaunti miskin, penduduk miskin yang berpindah ke tempat lain, graduan dari keluarga yang baru berlepas dari belenggu kemiskinan, graduan yang melibatkan dalam ‘Dewdrop Project’ serta mereka yang balik kampung cari rezeki.

Selain itu, sidang itu juga menuntut sistem pengesanan dan perkhidmatan tenaga kerja yang balik kampung cari rezeki juga perlu dibentuk untuk memastikan usaha bantuan dijalankan dengan bersungguh-sungguh.