Pembinaan HSR Pentingkan Ekonomi dan Ekologi
Pada bulan Mac lalu, Stesen Lembah Gajah Liar di laluan kereta api laju (HSR) China-Laos dikunjungi tetamu yang luar biasa.
Difahamkan, seekor gajah liar tertarik dengan bau madu dalam kontena yang menunggu masa untuk diangkut. Polis yang ditempatkan di stesen tersebut segera mengambil tindakan untuk memandu gajah liar balik ke hutan.
Di China kini terdapat kira-kira 300 ekor gajah Asia liar. Kebanyakannya bergerak di Provinsi Yunnan, selatan China. Pada tahun lalu pernah terdapat sekeluarga yang terdiri daripada 15 gajah Asia liar berkembara selama 17 bulan di pelbagai bandar tempatan, sehingga menarik tumpuan dunia.
Pembangunan ekonomi serantau perlu penaiktarafan infrastruktur. Namun, kita perlu sedar bahawa ia juga mungkin memberi ancaman kepada haiwan liar tempatan. Pada tahun 2010, sebuah kereta api kargo yang beroperasi dalam hutan di bahagian timur negara itu melanggar mati 7 ekor gajah.
Apakah mekanisme untuk melindungi ekologi, dan pada masa sama kita boleh membangunkan ekonomi? Pihak pembina HSR dari China tanpa berlengah terus mencari penyelesaian secara saintifik.
Dari sudut geografi, stesen Lembah Gajah Liar terletak berdekatan dengan kawasan perlindungan alam sekitar. Untuk mengurangkan pengaruh terhadap gajah liar tempatan, kedua-dua belah stesen ini adalah terowong yang menembusi gunung. Disekitar stesen dibina fasiliti untuk memantau dan mencegah kemasukan gajah liar.
Selain terowong, jambatan turut sama banyak digunakan untuk mengalihkan landasan kereta api, supaya menyediakan laluan kepada kembara kumpulan haiwan liar termasuk gajah.
Sebenarnya, kumpulan haiwan liar selalu diberi perhatian sejak pembinaan projek landasan HSR China-Laos. Dron digunakan untuk memantau pergerakan kumpulan gajah liar di sekitarnya. Pada suatu hari, pernah terdapat kira-kira 50 ekor gajah liar didapati mendekati tapak pembinaan landasan HSR China-Laos. Pihak pengurus segera menuntut pembinaan dihentikan selama tiga hari, semata-mata untuk menunggu kesemua gajah liar pulang dengan selamat disamping menjamin keselamatan para pekerja.
Perlindungan terhadap alam sekitar di dalam wilayah Laos juga sama diutamakan dalam projek tersebut. Reka bentuknya meminimumkan pengaruh terhadap kota kuno Louangphabang dan beberapa kawasan perlingungan alam sekitar tempatan.
Kini, setiap hari terdapat lebih 18 ribu penumpang menaiki kereta api laju ini secara purata, membawa kedatangan pelancong, peniaga dan pelabur.
Pembangunan ekonomi tempatan mengizinkan kerajaan tempatan meningkatkan peruntukan perlindungan alam sekitar, selain turut menggalakkan penduduk tempatan untuk menyedari bahawa haiwan liar dan alam sekitar tempatan adalah sumber pembaikan rezeki mereka.
Konsep mementingkan perlindungan alam sekitar ketika membangunan ekonomi semakin difahami oleh kerajaan dan penduduk tempatan.