Indeks Komoditi Pukal China Naik 1.6%

2022-06-06 14:26:06  CRI
Share with:

Persatuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) semalam telah mengeluarkan indeks komoditi pukal China bagi bulan Mei lalu.

Data yang diumumkan CFLP itu menyatakan bahawa indeks komoditi pukal meningkat 1.6 mata peratus berbanding bulan April dengan mencatat 101.3%. Antara indeks yang melibatkan pelbagai komponen, indeks pembekalan dan penjualan masing-masing naik semula, manakala indeks simpanan dalam stok telah menurun. Ini memperlihatkan berkurangnya impak wabak COVID-19 dengan ketara, keberkesanan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan menjamin kehidupan rakyat, dan makin pulih permintaan pasaran dan pengoperasian sektor korporat.

Menyentuh pengeluaran pelbagai komoditi utama, bekalan bijih besi dan automobil telah naik semula, manakala bekalan arang batu terus meningkat dengan pesat.

Menyentuh penjualan, semua jenis komoditi utama menyaksikan peningkatan pada bulan Mei.