Angkasawan China Sudah Masuk Kapal Kargo Tianzhou-4

2022-06-06 14:31:57  CRI
Share with:

Angkasawan China yang dibawa kapal angkasa Shenzhou-14 selepas memasuki modul teras Tianhe di stesen angkasa telah berjaya membuka pintu kapal kargo Tianzhou-4 pada pukul 11.09 pagi tadi waktu Beijing, dan terus masuk kapal kargo itu dengan lancar selepas menyelesaikan kerja persiapan termasuk pemantauan persekitaran pada pukul 12.19. Seterusnya, krew angkasawan tersebut akan memasuki kapal kargo Tianzhou-3 untuk melancarkan kerja pemindahan barangan menurut jadual.