China Tangga Ke-12 Ranking Indeks Inovasi Global

2022-06-06 15:14:54  CRI
Share with:

Sepuluh tahun lalu menyaksikan China mencapai kemajuan paling besar dan peningkatan keupayaannya paling cepat dalam bidang sains dan teknologi. Demikian dinyatakan Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang dalam sidang media yang dianjurkan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pagi ini.

Menurut beliau, belanjawan penyelidikan dan pembangunan (R&D) seluruh masyarakat China meningkat kepada RMB2.79 trilion (RM1.84 trilion) daripada RMB1.03 trilion (RM679 bilion). Dalam ranking indeks inovasi global yang dikeluarkan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia,  China menduduki tangga ke-12 setelah menonjak dari tempat ke-34 pada tahun 2012. Perubahan ini menunjukkan bahawa China bukan sahaja pemain utama dalam inovasi global dan juga penyumbang penting dalam usaha bersama-sama menyelesaikan masalah global.

Dalam sedekad lalu, China telah menyelesaikan penstrukturan komprehensif inovasi sains dan teknologi yang kondusif bagi pembangunan dan jaminan keselamatan dari segenap aspek.

Dalam sedekad lalu, China yang giat memperincikan pembaharuan sudah berjaya membentuk sistem pengendalian sains dan teknologi yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan selaras dengan aliran pembangunan inovatif.