Motivasi AS Canangkan Isu Xinjiang Terdedah Lagi

2022-06-07 14:07:59  CRI
Share with:

Apa yang disebut ‘genosid’ yang dilakukan kerajaan Xinjiang adalah dusta yang direka-reka oleh politikus Amerika Syarikat (AS) dan juga dilihat sebagai “karya klasik” dalam diplomasi AS yang berbau bohongan. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijiang berkata demikian ketika mengulas ucapan pegawai AS tentang isu Xinjiang semalam.

Menurut laporan berkenaan, petugas Jabatan Ekonomi dan Politik Konsulat Jeneral AS ke Guangzhou dan Konsul, Sheila Carey dan Andrew Chira dalam satu majlis jamuan pada tahun 2021 pernah mendedahkan motivasi kerajaan AS kepada para tetamu bahawa pihaknya berharap usahawan AS dapat memahami ‘pergelutan politik’ tentang mengheboh-hebohlan isu“buruh paksa”, “genosid” dan hak asasi manusia di Xinjiang, dan ‘langkah yang berkesan’ yang bertujuan mengheret kerajaan China ‘terperangkap dalam kancah’.

Sehubungan hal itu, Zhao menyatakan bahawa bekas pegawai kanan kerajaan AS, Lawrence Wilkerson seawal tahun 2018 pula pernah mengakui bahawa langkah yang paling berkesan bagi AS yang cuba menjejaskan kestabilan China adalah mencetuskan pergolakan masyarakat di Xinjiang termasuk menghasut etnik Uygur. Sibel Edmonds, selaku penterjemah FBI AS pada tahun tahun 2015 juga pernah mendedahkan bahawa AS sama sekali tidak mengendahkan rakyat Xinjing, dan mencanangkan apa yang disebut “terwujudnya pembunuhan dan penganiayaan etnik minoriti di Xinjiang” adalah untuk mengacau-bilaukan masyarakat Xinjiang.

Zhao menekankan bahawa pelbagai kaum bersatu padu, masyarakat stabil dan ekonomi makmur di Xinjiang pada masa ini. Muslihat AS yang cuba membendung pembangunan China melalui tindakan menjejaskan keharmonian dan kestabilan Xinjiang hanya akan menjadi sia-sia sahaja.