Kemunafikan AS Terdedah dalam Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa

2022-06-07 14:43:09  CRI
Share with:

China melontarkan bantahan pedas terhadap apa yang disebut “Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa Edisi Tahun 2021” terbitan Amerika Syarikat (AS) dan kenyataan Setiausaha Negaranya, Antony Blinken mengenai dasar China yang penuh dengan prasangka ideologi, sikap sewenang-wenang memfitnah dasar agama China dan campur tangan biadab terhadap hal ehwal dalaman China.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada Isnin susulan laporan berkenaan yang mendakwa China menginjak-injak kebebasan beragama dengan menyatakan bahawa terdapat masalah melanggar dan mengehadkan kebebasan beragama di Xinjiang, Tibet dan Hong Kong. Dalam perkembangan lain, Antony Blinken terus memfitnah pelaksanaan dasar China dalam bidang etnik dan agama pada majlis penerbitan laporan terbabit.

"Apa yang disebut 'genosid' di Xinjiang adalah bohongan belaka. China telah berulang kali membidasnya dengan fakta dan angka. Pihak yang mendengar belum penat, sedangkan pihak yang menjelaskannya sudah letih. Perbuatan AS menggembar-gemburkan bohongan itu hanya bertujuan untuk mencari alasan bagi memfitnah dan menindas China, dan menjadikannya alat untuk mencampuri urusan dalaman dan memecahbelahkan China," ujar Zhao.

Tambah beliau, yang betul-betul membimbangkan itu sebenarnya adalah keadaan agama dan hidup kaum minoriti dalam negeri AS. Golongan bumiputera sejak sekian lama diabaikan dan mengalami diskriminasi, dan kebudayaan Indian terjejas teruk, bahkan kesihatan mental dan keselamatan nyawa mereka pun berada dalam keadaan terancam. Menurut tinjauan pendapat umum dari Syarikar Kaunseling Gallup dan Pusat Penyelidikan Pew, sebanyak 75% umat Islam di AS menganggap mereka menghadapi diskriminasi. Insiden berdadah yang sering berlaku di negara Uncle Sam bukan sahaja dilihat mencoret arang pada tempat agama yang suci, tetapi juga mendedahkan terwujudnya tumor rasialisme yang berurat akar dalam masyarakat.