Xinjiang Galakkan Pendidikan Seimbang

2022-06-07 14:41:58  CRI
Share with:

Jumlah pelajar dari sekolah pelbagai peringkat dan jenis di Xinjiang melambung daripada 4.893 juta orang pada tahun 2015 kepada 6.497 juta orang pada tahun 2020, antaranya jumlah pelajar kaum minoriti bertambah daripada 3.28 juta orang kepada 4.845 juta orang, dengan nisbahnya antara pelajar yang bersekolah meningkat daripada 67.04% kepada 74.57%.

Menurut Jabatan Pendidikan Xinjiang, pembangunan pendidikan wilayah terbabit berada pada tahap yang paling baik dan pesat berkat usaha kerajaan tempatan yang giat mendorong pelaksanaan projek mesra rakyat, mendorong pendidikan pelbagai peringkat dan jenis berkembang ke arah bertaraf tinggi dan berkualiti tinggi, dan memastikan hak pendidikan kanak-kanak pelbagai kaum terjamin pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, Xinjiang juga menubuhkan sistem bantuan yang meliputi pendidikan prasekolah sampai lepasan ijazah untuk mereka yang berisiko berhenti sekolah ekoran kesukaran ekonomi keluarga. Dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Ke-13 (tahun 2016 hingga 2020), Xinjiang telah memperuntukkan RMB31.172 bilion (RM20.605) sebagai wang bantuan yang diberikan kepada 26.1835 juta orang pelajar. Pada 2021 pula, pihaknya telah membekalkan RMB8.299 bilion (RM5.486 bilion) dalam membantu 6.7498 juta orang pelajar.