Lepaskan Anak Ikan ke Tasik Dianchi

2022-06-07 18:41:45  cri
Share with:

Sukarelawan melepaskan lebih 450,000 anak ikan ke tasik Dianchi yang terletak di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan sempena “Hari Lepas Ikan” yang disambut di China pada 6 Jun.

Usaha berkenaan bertujuan menambah sumber hidupan air, sekali gus memulihara persekitaran ekologi di tasik tersebut.