Australia Didesak Hentikan Tindakan Provokasi

2022-06-08 14:35:06  CRI
Share with:

Australia didesak untuk segera menghentikan tindakan provokasi yang berbahaya dan mengawal tindakan ketenteraan maritim serta udara. Jika tidak, pihaknya perlu bertanggungjawab terhadap sebarang akibat yang serius.

 

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika diminta mengulas isu pengusiran kapal terbang tentera Australia dalam sidang akhbar semalam.

 

Zhao berkata, sebuah pesawat P8A Poseidon (Antisubmarine Patrol Aircraft) milik tentera Australia telah masuk ruang udara berdekatan Xisha, dan berterbangan menghampiri wilayah udara China tanpa mempedulikan amaran yang berkali-kali dikeluarkan. Tentera China segera mengenalpastikan identiti pesawat Australia it kemudian mengeluarkan amaran pengusiran. Memandangkan pesawat tentera Australia telah membawa ancaman terhadap keselamatan kedaulatan China, langkah yang diambil tentera China adalah profesional, selamat, rasional dan sah. Namun pihak Australia memilih memutar-balikkan fakta, menyebarkan maklumat yang palsu dan menghasut pertentangan. Perbuatan negara itu sudah mendapat bantahan tajam daripada China.

 

Zhao menekankan bahawa hubungan China-Australia yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan asas dan hasrat bersama rakyat kedua-dua negara. Pendirian China terhadap hubungan dengan Australia adalah konsisten dan jelas. Australia perlu mengamalkan prinsip saling menghormati, saling menguntungkan dan menang-menang dalam menangani hubungan kedua-dua negara di samping mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan betul yang sihat dan stabil.