China Hulur Bantuan kepada Sri Langka

2022-06-09 15:35:41  CRI
Share with:

Sebagai jiran baik, China sentiasa memprihatin kesukaran dan cabaran dihadapi Sri Lanka, di samping sedaya upaya menghulur bantuan bagi pembangunan sosioekonomi negaranya. Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media Rabu.

Dimaklumkan, Presiden Sri Lanka, Gotabhaya Rajapaksa berkata pada Isnin bahawa pihaknya gagal menggunakan kuota pinjaman kredit China yang bernilai USD1.5 bilion (RM6.6 bilion), dan China masih belum memberi respons terhadap permohonannya untuk pinjaman sebanyak USD1 bilion (RM4.4 bilion). Nampaknya China sedang mengalihkan tumpuan strategik ke Asia Tenggara dan Afrika, dan mengurangkan perhatian terhadap Asia Selatan.

Sehubungan itu, Zhao berkata, China telah mengumumkan bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai RMB500 juta (RM328.7 juta) kepada Sri Lanka dalam tempoh terdekat ini. Ubat-ubatan dalam kumpulan pertama telah diangkut ke Sri Lanka, sedangkan beras dalam kumpulan pertama pula berada dalam perjalanan. Sementara itu, China juga berulang kali membekalkan bantuan pelbagai jenis kepada pelbagai kalangan masyarakat Sri Lanka menerusi persatuan persahabatan.

"Menyentuh kerjasama kewangan antara satu sama lain, setelah Sri Lanka menghentikan pembayaran hutang asing, China berinisiatif menghubungi negara itu untuk menyuarakan keinginan menangani hutang yang tamat tempoh dan mengatasi kesulitan semasa. Kami berharap Sri Lanka berinteraksi dengan positif dan bertindak searah dengan kami. China bersedia memainkan peranan kondusif supaya Sri Lanka berjaya menangani kesusahan, meringankan beban dan mewujudkan pembangunan lestari. Sementara itu, Sri Lanka juga dipercayai boleh berusaha menjaga hak dan kepentingan pelabur asing, sekaligus memelihara kestabilan dan reputasi pelaburan dan pembiayaan di negaranya."