China Yakin dan Mampu Stabilkan Pertumbuhan Perdagangan

2022-06-09 15:36:49  CRI
Share with:

China berkeyakinan dan berkemampuan menstabilkan dan menaiktaraf perdagangan luar. Demikian dinyatakan Naib Menteri Perdagangan merangkap Naib Perunding Perdagangan Antarabangsa, Wang Shouwen pada Rabu.

Wang berkata, pada Januari hingga April tahun 2022, jumlah import eksport China meningkat 7.9% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, mencatat RMB12.58 trilion (RM8.27 trilion).

"Seawal Disember 2021, Dewan Negara telah mengemaskan dasar menyokong perdagangan luar. Sebanyak 33 lagi dasar dari 6 bidang pula diperkenalkan tidak lama sebelum ini. Semuanya dipercayai akan menggalakkan pertumbuhan perdagangan luar. Tambahan lagi, jumlah rakan yang memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan China bertambah banyak. Sejak penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 1 Januari, nisbah perdagangan China dengan rakan FTA telah mencapai 35% keseluruhan perdagangan luarnya. Peranan FTA yang berorientasikan pengurangan tarif dan memudahkan perdagangan juga akan mendorong perdagangan luar China," ujar beliau.

Wang menambah, pihaknya akan giat membantu perusahaan perdagangan luar dalam usaha memperjuangkan surat tempahan, memperluas syernya dalam pasaran, menstabilkan perkilangan, dan menjana inovasi dalam perdagangan.