Pemimpin China, Georgia Ucap Tahniah Ulang Tahun

2022-06-09 14:45:00  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Georgia, Salome Zurabishvili saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara hari ini.

Xi berkata, kerjasama China-Georgia dalam pelbagai bidang berkembang dengan lancar pada 30 tahun lalu, komunikasi dan penyelarasan kedua-dua negara dalam hal ehwal antarabangsa terbukti berkesan, hubungan dua hala berkembang dengan stabil dan sihat. Sementara itu, sinergi dalam memerangi pandemik COVID-19 mencerminkan adegan perjuangan yang bersatu-padu.

Beliau turut menzahirkan kesediaannya untuk bersama-sama Presiden Salome Zurabishvili mengeratkan hubungan bilateral dan memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang bagi kesejahteraan rakyat kekdua-dua negara.

Salome Zurabishvili pula berkata, pihaknya bersedia berusaha bersama dengan China untuk memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan bagi mewujudkan kemakmuran bersama.