Presiden Xi Tinjau Sichuan

2022-06-09 13:30:48  CRI
Share with:



 Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di bandar Meishan, provinsi Sichuan pada Rabu, untuk mengetahui pembangunan tanah pertanian, pengeluaran bahan makanan, pembangunan luar bandar, kawalan pandemik COVID-19 dan perlindungan warisan sejarah dan budaya.

Ketika meninjau ke Kampung Yongfeng, Xi memberi tumpuan terhadap pembinaan tanah pertanian bertaraf tinggi dan usaha memperkasakan pengeluaran bahan makanan.

Pada bulan Mac lalu, Xi Jinping menyifatkan sekuriti makanan sebagai "prioriti negara" dan mahu pembinaan tanah pertanian bertaraf tinggi seluas 66.7 juta hektar di seluruh negara ini.

Untuk rekod, tanah pertanian bertaraf tinggi di kawasan Kampung Yongfeng adalah seluas 206.7 hektar dengan penanaman skala bersebelahan seluas 100 hektar.

Kampung itu berjaya merealisasikan seluruh proses penanaman padi menggunakan jentera dan merupakan tanah pertanian contoh yang bertaraf tinggi dengan standard tertinggi di provinsi Sichuan.



Kerajaan pusat China pada awal tahun ini menegaskan bahawa pihak-pihak terlibat perlu berusaha menstabilkan sektor pertanian, menjayakan kerja berkaitan pertanian, kawasan luar bandar dan petani, serta terus mendorong secara menyeluruh pembangunan di luar bandar.

Untuk makluman, Presiden Xi telah beberapa kali meninjau kawasan luar bandar China pada tahun ini, dan menegaskan peri pentingnya pembangunan di kawasan luar bandar.