China Gesa AS Batalkan Rancangan Jual Senjata kepada Taiwan

2022-06-10 15:32:28  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) melalui tindakannya yang merancang menjual senjata kepada Taiwan China telah melanggar prinsip “Satu China” dan tiga Pengumuman Bersama China-AS terutamanya peraturan dalam Pengumuman “17 Ogos”, mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China serta menginjak-injak hubungan dua hala, kedamaian dan kestabilan selat Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam mengutuk tindakan AS itu dan menggesa negaranya membatalkan rancangan penjualan senjata kepada Taiwan dan menghentikan perhubungan ketenteraan dengan Taiwan. Serentak itu, China akan terus mengambil langkah yang tegas untuk memelihara kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara sendiri.